Permohonan Institut Pendidikan Guru , KPLSPM 2013

SILA RUJUK POST DI SINI >> http://www.hil.my/aplikasi-permohonan-program-persediaan-ijazah-sarjana-muda-perguruan-dengan-kepujian-ppismp-ambilan-jun-2014/

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.

Oleh itu, kami jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.

Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan

Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.

Cara Panggilan Temuduga KPLSPM 2013

  1. Hanya pelajar yang mendapat keputusan SPM 2012 cemerlang akan dipanggil temuduga.
  2. Pelajar tidak perlu membuat permohonan online untuk kemasukan KPLSPM 2013 tahun ini.
  3. Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan.

Keputusan Panggilan Temuduga

Keputusan dijangka pada bulan Jun 2013

SILA RUJUK POST DI SINI >> http://www.hil.my/aplikasi-permohonan-program-persediaan-ijazah-sarjana-muda-perguruan-dengan-kepujian-ppismp-ambilan-jun-2014/

Sumber: Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013 | melvister.com

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress